Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” - Riwayat Abu Hurairah
Huraian:
i) Suatu topik yang sedang hangat terjadi dalam masyarakat hari ini ialah kejadian bunuh diri. Dilaporkan bahawa puncanya adalah disebabkan kurangnya tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung oleh si pelaku.
ii) Dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.
iii) Orang yang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah daripada itu perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.
iv) Orang yang beriman tidak boleh membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisaa: 29)
Dipetik drp: http://mstar.com.my
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010
Wednesday, October 14, 2009
Di akhir zaman nanti
dipetik drp mStar Online
Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Bukhari)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, October 8, 2009
Tafsiran mimpi
Petikan : mStar Online
Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.” (Bukhari)
Huraian:
Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan belaka.
Namun bagi orang yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa ketika ingin tidur contohnya, kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan.
Namun jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar individu tersebut (yang jauh daripada kebenaran) menjadi insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Subscribe to:
Posts (Atom)