Monday, October 19, 2009

0 comments
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf.


Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.


STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.


Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!



Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah (1999-2003), 30,978 dari 70,430 orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.


Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang

Kuala Lumpur = 9,439 orang

Johor = 8,920 orang

Sabah = 8,435 orang

Negeri Sembilan = 4,108 orang

Pahang = 3,677 orang

Kedah = 3,496 orang

Pulau Pinang = 3,412 orang

Melaka = 2,707 orang

Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang

Sarawak = 617 orang

Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

(sumber :http://groups.yahoo.com/group/ibu/message/17389

Wednesday, October 14, 2009

Di akhir zaman nanti

0 comments
dipetik drp mStar Online

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Bukhari)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, October 8, 2009

KAJIAN MEMBAWA MILLER KEPADA ISLAM

0 comments
utusan malaysia 22 jun 2009

BELIAU seorang pakar dalam bidang matematik. Ini kerana beliau suka sesuatu yang logik, yang boleh diselesaikan melalui kekuatan dan boleh diterima oleh akal. Oleh itu beliau tidak mudah untuk menerima sesuatu itu jika ia tidak logik atau masuk akal.

Ini termasuk juga soal pegangan agama. Namun baginya agama Kristian menepati semua prinsip-prinsip saintifik dan ilmu yang menyebabkan beliau tidak sahaja percaya sepenuhnya malah beliau juga seorang yang sangat aktif sebagai seorang paderi.

Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada tahun 1978, beliau bercadang untuk membaca kitab suci umat Islam, al-Quran. Niatnya untuk mencari sebarang kesalahan dan kesilapan dalam isi kandungan dan ajarannya.

Paderi tersebut, Dr. Gari Miller bercadang mengambil kesempatan setiap kesilapan yang beliau temui dari al-Quran untuk digunakan sebagai senjata melemahkan umat Islam dalam usahanya untuk menarik mereka kepada Kristian.

Miller yakin akan menemui pelbagai kesalahan kerana beliau menganggap al-Quran, sebuah kitab agama yang sangat tua. Sudah 14 abad usianya dan pastinya pada hari ini boleh ditemui pelbagai kesilapan di dalamnya.

Namun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Beliau yang berasal dari Toronto, Kanada itu, tanpa disangka terus memeluk Islam! Ini kerana beliau langsung tidak menemui sebarang kesilapan

Tafsiran mimpi

0 comments
Petikan : mStar Online

Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.” (Bukhari)

Huraian:

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan belaka.

Namun bagi orang yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa ketika ingin tidur contohnya, kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan.

Namun jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar individu tersebut (yang jauh daripada kebenaran) menjadi insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, October 7, 2009

Bahaya Mengumpat

0 comments
Penulis : Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah
http://permata-akhwat.blogspot.com

Saudariku muslimah…

Bagi kebanyakan kaum wanita, ibu-ibu ataupun remaja puteri, mengumpat membicarakan aib, cacat, atau cela yang ada pada orang lain bukanlah perkara yang besar. Bahkan di mata mereka terasa remeh, ringan dan begitu mudah terpancul dari lisan. Seolah-olah percakapan tidak seronok bila tidak membicarakan kekurangan orang lain. “Si Fulanah begini dan begitu…”. “Si ‘Alanah orangnya suka ini dan itu…”. Ketika asyik membicarakan kekurangan orang lain seakan lupa dengan diri sendiri. Seolah diri sendiri sempurna tiada cacat dan cela. Ibarat kata pepatah, “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.”

Perbuatan seperti ini selain tidak patut/tidak baik menurut perasaan dan akal sihat kita, ternyata syariat yang mulia pun mengharamkannya bahkan menekankan untuk melakukan yang sebaliknya yaitu menutup dan merahsiakan aib orang lain.

Ketahuilah wahai saudariku, siapa yang suka menceritakan kekurangan dan kesalahan orang lain, maka dirinya pun tidak aman untuk diceritakan oleh orang lain. Seorang ulama salaf berkata, “Aku mendapati orang-orang yang tidak memiliki cacat/cela, lalu mereka membicarakan aib manusia maka manusia pun menceritakan aib-aib mereka. Aku dapati pula orang-orang yang memiliki aib namun mereka menahan diri dari membicarakan aib manusia yang lain, maka manusia pun melupakan aib mereka.”1


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tahukah engkau bahawa manusia itu terbagi dua:

Pertama: Seseorang yang tertutup keadaannya, tidak pernah sedikitpun diketahui berbuat maksiat. Bila orang seperti ini tergelincir dalam kesalahan maka tidak boleh menyingkap dan menceritakannya, kerana hal itu termasuk ghibah (mengumpat) yang diharamkan. Perbuatan demikian juga bererti menyebarkan kejelekan di kalangan orang-orang yang beriman. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji2 di kalangan orang-orang beriman, mereka memperoleh azab yang pedih di dunia dan di akhirat….” [An-Nur: 19]

Kedua: Seorang yang terkenal suka berbuat maksiat dengan terang-terangan, tanpa malu-malu, tidak peduli dengan pandangan dan ucapan orang lain. Maka membicarakan orang seperti ini bukanlah ghibah (mengumpat). Bahkan harus diterangkan keadaannya kepada manusia hingga mereka berhati-hati dari kejelekannya. Kerana bila orang seperti ini ditutup-tutupi kejelekannya, dia akan semakin bernafsu untuk berbuat kerusakan, melakukan keharaman dan membuat orang lain berani untuk mengikuti perbuatannya3.

Saudariku muslimah…

Engkau mungkin pernah mendengar hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ …

“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia nescaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” [HR. Muslim no. 2699]

Bila demikian, engkau telah tahu keutamaan orang yang suka menutup aib saudaranya sesama muslim yang memang menjaga kehormatan dirinya, tidak dikenal suka berbuat maksiat namun sebaliknya di tengah manusia ia dikenal sebagai orang baik-baik dan terhormat. Siapa yang menutup aib seorang muslim yang demikian keadaannya, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat.

Namun bila di sana ada kemaslahatan atau kebaikan yang hendak dituju dan bila menutupnya akan menambah kejelekan, maka tidak apa-apa bahkan wajib menyampaikan perbuatan jelek/aib/cela yang dilakukan seseorang kepada orang lain yang bisa memberinya hukuman. Jika ia seorang istri maka disampaikan kepada suaminya. Jika ia seorang anak maka disampaikan kepada ayahnya. Jika ia seorang guru di sebuah sekolah maka disampaikan kepada mudir-nya (pengurus sekolah). Demikian seterusnya4.

Yang perlu diingat, wahai saudariku, diri kita ini penuh dengan kekurangan, aib, cacat, dan cela. Maka sibukkan diri ini untuk memeriksa dan menghitung aib sendiri, nescaya hal itu sudah menghabiskan waktu tanpa sempat memikirkan dan mencari tahu aib orang lain. Lagi pula, orang yang suka mencari-cari kesalahan orang lain untuk dikupas dan dibicarakan di hadapan manusia, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membalasnya dengan membongkar aibnya walaupun ia berada di dalam rumahnya. Sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ اْلإِيْمَانُ قَلْبَهُ، لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَوْرَاتِهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hatinya5. Janganlah kalian mengumpat kaum muslimin dan jangan mencari-cari/mengintai aurat6 mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat kaum muslimin, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).” [HR. Ahmad 4/420, 421,424 dan Abu Dawud no. 4880. Kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud: “Hasan shahih.”]

Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma menyampaikan hadits yang sama, ia berkata, “Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi:

يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يُفْضِ اْلإِيْمَانُ إِلَى قَلْبِهِ، لاَ تُؤْذُو الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تُعَيِّرُوْهُمْ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ، يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

“Wahai sekalian orang yang mengaku islam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya.” [HR. At-Tirmidzi no. 2032, dihasankan Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad Mimma Laisa fish Shahihain, hadits no. 725, 1/581]

Dari hadits di atas tergambar pada kita betapa besarnya kehormatan seorang muslim. Sampai-sampai ketika suatu hari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma memandang ke Ka’bah, ia berkata:

مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ، وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمَ حُرْمَةً عِنْدَ اللهِ مِنْكِ

“Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya di sisi Allah darimu.”7

Kerana itu saudariku…

Tutuplah cela yang ada pada dirimu dengan menutup cela yang ada pada saudaramu yang memang patut ditutup. Dengan engkau menutup cela saudaramu, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menutup celamu di dunia dan kelak di akhirat. Siapa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala tutup celanya di dunianya, di hari akhir nanti Allah Subhanahu wa Ta’ala pun akan menutup celanya sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَسْتُرُ اللهُ عَلَى عَبْدٍ فِي الدُّنْيَا إِلاَّ سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya8.” [HR. Muslim no. 6537]

Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.

Catatan kaki:
1 Jami’ul Ulum Wal Hikam (2/291).
2 Baik seseorang yang disebarkan kejelekannya itu benar-benar terjatuh dalam perbuatan tersebut ataupun sekedar tuduhan yang tidak benar.
3 Jami’ul Ulum Wal Hikam (2/293), Syarhul Arba’in Ibnu Daqiqil Ied (hal. 120), Qawa’id wa Fawa`id minal Arba’in An-Nawawiyyah, (hal. 312).
4 Syarhul Arba’in An-Nawawiyyah, Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin (hal. 390-391).
5 Yakni lisannya menyatakan keimanan namun iman itu belum tertancap di dalam hatinya.
6 Yang dimaksud dengan aurat di sini adalah aib/cacat atau cela dan kejelekan. Dilarang mencari-cari kejelekan seorang muslim untuk kemudian diungkapkan kepada manusia. [Tuhfatul Ahwadzi]
7 Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 2032
8 Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullahu berkata: “Tentang ditutupnya aib si hamba di hari kiamat, ada dua kemungkinan. Pertama: Allah akan menutup kemaksiatan dan aibnya dengan tidak mengumumkannya kepada orang-orang yang ada di mauqif (padang mahsyar). Kedua: Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan menghisab aibnya dan tidak menyebut aibnya tersebut.” Namun kata Al-Qadhi, sisi yang pertama lebih nampak karena adanya hadits lain.” [Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 16/360]

Hadits yang dimaksud adalah hadits dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُوْلُ: أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا، أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا؟ فَيَقُوْلُ: نَعَمْ، أَيْ رَبِّ. حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوْبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ، قَالَ: سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ. فَيُعْطِي كِتَابَ حَسَنَاتِهِ …

“Sesungguhnya (di hari penghisaban nanti) Allah mendekatkan seorang mukmin, lalu Allah meletakkan tabir dan menutupi si mukmin (sehingga penghisabannya tersembunyi dari orang-orang yang hadir di mahsyar). Allah berfirman: ‘Apakah engkau mengetahui dosa ini yang pernah kau lakukan? Apakah engkau tahu dosa itu yang dulunya di dunia engkau kerjakan?’ Si mukmin menjawab: ‘Iya, hamba tahu wahai Rabbku (itu adalah dosa-dosa yang pernah hamba lakukan).’ Hingga ketika si mukmin ini telah mengakui dosa-dosanya dan ia memandang dirinya akan binasa karena dosa-dosa tersebut, Allah memberi kabar gembira padanya: ‘Ketika di dunia Aku menutupi dosa-dosamu ini, dan pada hari ini Aku ampuni dosa-dosamu itu.’ Lalu diberikanlah padanya catatan kebaikan-kebaikannya…” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Sumber: http://asysyariah.com

Bukan awla membawa alpa

0 comments
oleh : emran ahmad


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Baru-baru ini sewaktu melayari internet, saya ada terjumpa sebuah blog yang memuatkan cerpen tentang Cleopatra, terasa lucu membacanya apabila yang menulis ialah seorang pelajar agama daripada timur tengah. Lanjutan daripada blog ustazah tersebut, saya kemudiannya menemui iklan daripada sebuah Persatuan pelajar di Timur Tengah yang menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan novel pusi serta sebagainya.Saya tertawa buat seketika, kemudiannya tersenyum sinis dan akhirnya merasa sedih.Saya sedih kemudiannya apabila memikirkan betapa ramai para "bakal" ustaz dan uszatah yang disibukkan dengan pelbagai perkara yang bukan Awla seperti menulis cerpen, novel dan berkhayal sastera.Sekarang sudah muncul fenomena "Cinta Agama" atau dakwah melalui ayat-ayat Cinta.Kalaulah para ustaz dan ustazah daripada timur tengah boleh berimaginasi dan berkhayal sastera di sana sini menghasil puisi puitis, karya syahdu, berangan-angan dengan cinta yang indah, apakah lagi baki yang tinggal kepada anak-anak muda mentah ?Kerap kali saya berjumpa di profile orang yang "menambah" saya di facebook mereka sebagai penggemar filem korea dan peminat novel ayat-ayat cinta.Bukan sukar untuk saya menemui gadis-gadis bertudung labuh dan berpurdah yang "bergedik" dengan lagu-lagu nasyid bertema cinta.Apabila kehidupan yang dilalui saban hari tidak didasari oleh Aqidah yang Sahih, manhaj kehidupan yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka kehancuran umat adalah semakin dekat.Bagi menghadapi situasi yang sukar ini saya berpendapat sudah tiba masanya cerita-cerita wanita Islam dan tokoh salaf terdahulu perlu ditampilkan kepada massa.Islam (yang sahih) perlu mengambil alih dunia...Kisah berkenaan Khadijah isteri yang setia perlu diketengahkan bagi mengantikan cerita cinta yang hina, kisah Zubaidah isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bijaksana perlu ditampilkan bagi mengantikan cerita Cleopatra yang jelek.Pengajaran-pengajaran berkenaan kisah hidup wanita salaf terdahulu seperti teladan isteri-isteri rasulullah, para sahabat wanita perlu disuburkan sentiasa kepada para gadis dan wanita Islam agar mereka terbiasa dengan agama.Kita perlu ketengahkan kepada mereka bahawa para wanita salaf terdahulu tidaklah bercinta sebelum nikah, tidak bercouple dan berkasih-kasihan sebelum diakad nikah.Kita perlu cerita kepada mereka para sahabat wanita berkahwin dan bercerai sebagai fitrah dan lumrah kehidupan. Zainab Al-Jahsyi merupakan isteri kepada Zaid bin Haritsah anak angkat rasulullah dan setelah bercerai dengan Zaid maka Zainab kemudian telah dikahwini pula oleh rasulullah, bapa angkat kepada bekas suaminya ~ No hard Feeling...tanpa segan silu...tanpa resah pilu atau nasyid dan sendu...Kita perlu bercerita kepada mereka Umar bin Khattab yang tua meminang anak Ali bin Abi Tolib bernama Ummul Kultsum yang masih muda usia dan ~ No hard feeling...tiada menjadi berita sensasi atau menjadi tajuk utama di media massa...Kita perlu bercerita kepada mereka bahawa rasulullah di datangi oleh wanita yang menawarkan diri kepadanya dan apabila baginda tidak menginginkan wanita tersebut maka sahabat yang berada di sisi baginda meminta untuk menikahi wanita itu dan baginda kemudian menikahkan mereka dengan mahar daripada ayat Al-Quran lantaran kemiskinan lelaki itu....tiada menjadi heboh dan kecoh semua jiran tertangga...habis mengata sekampung...miskin tapi gatal nak berkahwin...Ianya berlaku sekelip mata ~ no hard feeling.Sungguh Islam yang di amalkan oleh mereka (kaum muslimin) di zaman salaf adalah sangat berbeza dengan kita.Ketika di dalam kereta, radio IKIM mengumandangkan lagu nasyid cinta-cintan Islamik maka saya lantas menukar tune radio di kereta saya kepada radio RTM berbahasa India.Saya memerlukan suara radio dibuka agar dapat menguatkan saya sewaktu memandu di tengah malam.Mendengar lagu India dan nyanyiannya yang saya tidak fahami adalah lebih saya sukai daripada mendengar lagu nyanyian nasyid yang durjana.Lagu India tidak menyesatkan saya, ianya bahkan mengundang kebencian saya terhadapnya tetapi lagu nasyid dengan iramanya yang memuji tuhan dan dendangannya yang mendayukan dan rentaknya yang mengerakkan bahu-bahu dan kepala para gadis, mengerakkan tangan dan kaki-kaki para gadis yang menghayatinya, lalu mengedikkan mereka di atas nama tuhan.Itulah kegedikkan di atas nama Tuhan.Masyarakat kita perlu diubah dan pembinaan tamadun serta ummah Islam perlu di dasari kepada Kitab dan Sunnah.Menjadi tanggungjawab besar kepada para pendakwah seperti Ustaz dan Ustazah untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang lebih awla.Hendaklah Persatuan Pelajar Agama di Timur Tengah menganjurkan pertandingan menulis Kitab, pertandingan menghasilkan karya agama, syarah hadis, kupasan feqah, takhrij dan tahqiq risalah-risalah ilmiah dan membudayakan ilmu yang dituntut di dalam agama berbanding menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan puisi.Itu satu kebodohan dan kebuntuan pemikiran yang merasa pengajian agama sudah selesai dengan beroleh sekeping ijazah kertas yang bernilai Rm 2.40 jika tidak kerana cop dan tandatangan yang wujud di atas kertas tersebut.

Monday, October 5, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

1 comments
Salam semua,
Berjaya juga bina web..masa blajar dl dah pernah bina tp lama x update, hilang tanpa jejak.masa tu punya la ssh nk bina web.guna perisian microsoft front page.nak publish satu page pun kena tggu berjam2.xsangka buat web sekrg semakin senang..ye la teknologi pun makin canggih, kan..saya sebenarnya confuse apa yg nak diisi dalam blog ni..tp apa salahnya kan saya menitipkan bahan yg saya baca dan rujuk. kalau ada kesempatan saya jg dapat memuatkan karya sendiri..mudahan2 semakin dekat kita kepada Allah..so kepada pengunjung blog ini salam perkenalan kepada semua..yang baik boleh la dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. komen yang membina sgt2 dialukan.
 

AL-INSYIRAH Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template